Wednesday, August 17, 2011

Persoalan dalam kehidupan...

Salam...

Alhamdulillah...

aku rasa sangat cepat ramadhan berlalu..pejam2 celik dah 18 ramadhan..Tahun ni ramadhan tahun ni sangat senang nak dikira sebab kalendar dier satu hari sekali ngan kalendar omputih..Jadi kalau hari dah 18 Ogos maksudnya dah 18 ramadhan lar kan... Ramadhan tahun ni cam biaser jer bagi aku..Cuma yang lain dulu ader ler cik faizah berbuka dan bersahur ngan aku...Sekrang aku dah lone ranger..Hujung2 minggu tu ader lar dak gemuk nai temankan aku...Yer ler tahun ni cik faizah dah berpuaser berdua ngan sang suami...insyaallah tak tahu ler turn saper plak..aku ker nai..Itu fasa dalam kehidupan..so need to be accept that fact..Lagipun bukan x da kawan2 yang lain..walaupun usmate2..aku yang sengal2 tu...Tapi cam x caya jer..kawan aku tu dah berpuasa ngan suami..hihihi..rezeki katakan...Menu aku..mmm..kalau layan perut aku ni..dan sorang..al - maklumnyer roti ler menunyer terutamanya kalau time sahur..Berbuka..bazar ler tempatnyer...huhu..bunyinyer cam pemalas giler kan..mmmm..kalau dah aku sorang tengok makanan pun tak lalu...sebenarnya..buat lar alar kadar jer..yang penting aku dapat keberkatan ramadhan...

Tapi this weekend dah plan ngan nai nak masak spagetti...teringin katanyer si nai..aku kalau ader kawan aku kaki makan ni..memang x ksah punyer..sebab tengok dier makan pun aku dah boleh kenyang sebenarnyer..hihihi...nai2..Mekacih nai..have a lot of very pleasent time with u my dear friend...sob..sob..hish!..tetibe touching plak..hihi..Persediaan raya aku biaser2..jer...The most important thing is of course untuk my family tersayang..sebab mereka lar tunjang hidup aku...my abah, ma dan adikku...Macam tahun2 yang lalu baju raya of course..ader untuk diorang..duit raya..ma aku kata tak yah banyak sangat budget..sepupu2 aku semua dah besor2 panjang..jadi budget dikurangkan..hihi...kuih raya tu dah memang tanggungjawab aku sejak aku keje ni..hihihi...mcm tu ler..setiap tahun..Tahun ni..gak aku ader teman memandu..sapa lagi cik nai..Tahun depan tak tahu lagi ler..kalau cik nai jadi naik pelamin tahun depan..maka..aku kena cari ler alternatif geng balik kg atau aku naik bas atau flight..Kalau parent aku bagi lampu hijau dah lama aku memandu sendiri ni..hihihih....jgan harap ler ...depa tahu aku ni memandu mcm mana..super duper sengal...hahaha...Tapi pe2 pun aku rasa semakin hari hari semakin cepat berlalu..mungkin dunia dah akhir zaman ni mcam ni yer..mmm..renung2kan lar kawan2...Ada sedikit renungan yang aku ingin kreditkan buat insan yang seandainyer menjengih blogku ini.Thanks to nani sahabatku..a very sweet and simple persoalan tentang kehidupan. Aku pasti kalau anda bacanya anda akan sedar..anda sebenarnya sangat bertuah diciptakan sebagai khalifah Allah dibumi ini.Maka ambil lah keberkatan ramadhan ini sebagai bulan menghargai kurniaan Allah dan rahmat yang tidak terhingga buat kita.....

Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.

Sempurna vs Terbaik?

Sempurna itu saya lihat dari sisi, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.

Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita. Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.

Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.

Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar? Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.

Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku? Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.

Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.

Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.

Cukuplah Allah sebagai pelindungku.

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.

-Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis
Khairun Nurlisa Kamal. pelajar jurusan pergigian dan bakal melanjutkan pelajaran ke Manipal University, India September ini.
http://kembaramaysa.blogspot.com

Kredit A+ untuk penulis blog ini..Aku akan jadi followernyer..kerna aku tahu banyak perkongsian yang dapat aku jadikan pedoman untuk diri aku juga...




1 comment:

  1. entah2 next year awak pun dah berpuasa dgn 'org lain'.hehehe

    ReplyDelete