Saturday, October 23, 2010

Tough or down....

Salam...

Again in a blogging world..Dah beberapa hari aku terpaksa meninggalkan blog ini dibelakang..huhu..kerja yang banyak dan tuntutan tugasan sekolah aku yang semuanya perlu disubmit dalam masa yang terdekat membuatkan aku x berkesempatan nak menjenguk dan post cerite baru..Tapi akhirnya..dapat jugak aku bersama blogku ini..Berkongsi apa yang menyeronokkan....

Kenapa aku post tentang tough or down..kerana beberapa minggu ini aku rasakan diri aku melalui satu minggu yang amat menyesakkan fikiran. Memang kerja yang superb banyak..ditambah dengan bos aku dengan rasminya diserang chicken pox dan mendapat MC seminggu.Lagi menyesakkan tambah lagi seminggu sehingga habis function..Huwaaaaaaa....nak nangis pun ader..Ketua bahagian aku plak..superb lar blurrrnnya...Walaupun dier jenis yang amatlah lembut. dan nice.Keblurrraannnnya...membuatkan aku menggaru kepala..Payah siot! keje ngan orang yang blur..aduh!..collegues aku...semuanya mengharapkan. ku ni..sometimes..aku terfikir gak ...susah benar ke nak membiasakan diri bekerja..dan mencuba sesuatu yang baru..For me bagi aku mana pun aku dicampak aku tetap boleh survive..But  sesetengah orang hanya mahu menegakkan.Its the best that she/he can do..Maknanya kalau kena lakukan sesuatu dari luar kebiasaannya..ooh...saya x reti..saya..x pandai..itu adalah alasan standard yang mereka akan berikan..mmm..aku x dapat memberikan komen yang lebih berkenaan tu..Aku pun bukanlah sempurna dan aku juga bukanlah manusia yang baik sangat..but i'll try to make people satisfied with what that i done. Alhamdulillah setakat ni x da lar aku dengar mulut yang mengomel. Aku ni juga dulu kategori macam ni...Almaklumlah..aku ni duduk ngan mak bapak..bak kata orang tido kat bawah ketiak mak bapak..tapi biler aku dah besar dan berada di rantauan orang ni..aku mula jadi lebih independent dengan hidup aku..Alhamdulillah rezeki aku bekerja di tempat orang aku dapat..pengalaman baru dan kematangan diri pun aku dapat..Sekrang aku dah mampu berdiri di kaki sendiri...Aku pun alami a very tough week untuk sekolah aku..Mana taknya..aku punyer classmate ni..dari mula study sampai ler sekrang keje diorang ni..memang last minute punyer keja..masing2 plak penuh dengan alasan tak sempat lah..banyak keje lar..huhu..ada lar my friend yang jugak komited tentang tanggungjawab belajar ni..tapi tak kan lar kami dua ekor ni jer yang ada semangat..Last2 aku buat dono jer..tak buat keje kena marah..huhu..diorang duk gaduh pasal assignment ni perkara biasa..Alhamdullillah beban study..dah hampir tamat..tak payah aku nak melayan karenah diorang ni yang pelik..hahaha..lega satu hal..cuma kena fokus with my exam untuk 29 haribulan nanti..Anie chaiyoi! u can do it..tapi petang ni nak merayap ngan cik wani dulu..hahaha...

The  day before weekend ni jugak aku spent my time with sis ebba..Ni last day kami jumpe..sebelum sis ebba akan balik ke kuantan...Tak tahu lar biler aku akan jumpe..my best buddies ni lagi..Sis ebba akan balik deliver baby kat sana..and akan terus menerus menetap kat kuantan..Sis ebba..niki gonna miss u so much (sob..sob...seday..huhuhu..ni yang down ni)...Even we have a very short time..aku akan rindukan masa bersama sis ebba..because she  the most nice and sporting friend that i have..hehe..don't worry baby..aunty niki gonna courier ur present to kuantan with a big heart to u and your lovely mother..Hope sis ebba x kan lupakan niki kat cni..hehehe...Pray the best life for her...This weekend i spent my life alone..cik faizah..balik kg..lagipun aku perasan angin nya kurang elok ckit..kawan aku sorang ni..ada anginnya..jadi malas ler aku nak kacau...nanti silap tegur aku gak yang makan hati...hahaha..biarlah dier aku dah biaser ngan perangai dier tu..aku pun malas nak ambil pusing..perempuan ada mer moodnyer tu..Yup alone weekend..tapi its ok for me..sambil ditemani my lovely lappy x da ler aku sunyi..lagipun my best friend pah..are always..catch up with me...kami dah kawan dalam 12 tahun..masa primary school lagi..Memang jarang jumper..tapi persahabatan kami x pernah putus..teknologi kan ader..telefon dan internet lah tali penghubung kami..Thanks to her..for being the second ears..dier memang seorang kawan dan pendengar yang baik pada aku...dier juga kaunselor dan pakar psikologi yang baik untuk aku..Huhuhu..hari ni siap mms masakan ikan bawal kat aku..jeles aku huwaaaaaa..nanti2..aku nak masak best2 gak..hehehe

Ok..time to stop..aku dah janji nak keluar ngan cik wani..so..need to ready and siapkan2 diri...bye..

Sunday, October 10, 2010

10.10....

Salam...

Again blogging...hehehe..memang aku cuba mahu menjadikan ia suatu kepastian...hehehe...Hari ni..in my day..not an interesting day tetapi aku menyambung aktiviti ziarah menziarahi..ku dengan menziari sahabatku as..memang dah lama x jumpa..dan the most important thing aku nak jumper..ngan si comel batrisya..eee..geram aku ngan mata bulatnyer..best tengok as..si comelnya manja jer ngan dier..hehehe..yer lar anak dara sulung katakan..anyway..pray for a happiness and good health of as daughter..Before ziarah as ni..pagi tadi aku menyambung aktiviti aku..memasak..heheheh..Cik nai ni ha..sibuk benar nak rasa spagetti..Jadi bagi melunaskan keinginan sahabatku ni..maka aku masakkan ler spagetti..hehehe..x da le sedap..janji masuk mulut cukup rasa kira leh makan ler kan..hahaha...Dan alkisahnya..kitaorang dengan seronoknya dapat makan dengan sepuas hati siap leh tapau untuk as and family lagi..hehehe...abis makan tu punyer kempunan lar si nai ni..biler ler lagi nai dapat makan yer niki..huhu..entah2..tahun depan kut..hehehe..nai ni memang suka buat lawak antarabangsa...hahaha..insyaallah lau ader kesempatan leh jer niki masakkan...hehehe..

Hari ni post aku..10.10..kenapa 10.10?..yer hari ni..tarikh 10.10.10..Tarikh nyer cukup cantik tarikh keramat bukan senang..nak dapat tarikh begini..Kebiasaannya tarikh sebegini menjadi..pilihan majlis perkahwinan..yer lar majlis istimewa..untuk seumur hidup..kenapa yer orang memilih..kerana tarikh sebegini senang diingati..bab kata orang tarikh bertuah ler sebenarnya..bukan aper..orang-orang kita lau tarikh yang cantik-cantik ni memang diorang suka..nombor cantik..semua lar..lumrah manusia..hehehe.. Tarikh hari ni gak menjadi pilihan angkasawan negara..Dato' Dr. Sheikh Muzaphar Shukor mengikat kasih dan cinta dengan permata hatinya...Dr. Harlina Yunos..opps..Datin Dr. Harlina Yunos..hehehe..bahaya tertinggal title tu..sebab masa aku tengah mengepost blog ini..aku tengah menonton persandingan kayangan mereka..maksudnya nyer Dr. Harlina dah selamat bergelar isteri kepada Dato' Dr, Sheikh..Alhamdulillah bertuah mereka yer...Tak pa ler itu rezeki mereka..Buat mereka berdua moga bahagia ke akhir hayat...Tapi bila melihat persandingan mereka..mak oi! memang gah! rasanya bukan weeding of the year tapi weeding of the decade...rasanya Dato' Siti pun kalah ni..heheh..padan lah dengan kemampuan mereka..kalau kita nak ikut mereka memang tak mampu.So..apabila kita menganjur majlis..kita jalankan ler dengan kemampuan kita..Masih meriah tapi mengikut kemampuan masing-masing..Hari ni..10.10..aku rasa ramai betul lar orang kawin sebab masa aku keluar ngan nai memang penuh dengan tanda majlis kawin..Yer lar memang ramai kerana keistimewaan tarikh ni..Apa-apa pun untuk semua majlis-majlis yang dijalankan hari ni..harap semuanya berjalan dengan lancar...

Opps..time to stop..Hari ni post tak panjang sebab nak focus untuk tengok persandingan kayangan ni..Dada..everyboday kena tengok tau..sebab bukan senang nak tengok wedding of the decade..hehehe

Saturday, October 9, 2010

Amalan ziarah.....

Salam...

Again in blogging...Alhamdulillah akhirnya terlunas jua keinginan aku mencoret sepatah dua coretan dalam blog ini. Bukan nak buat diari terbuka. Tak da pun kisah-kisah peribadi sensitif..sekadar perkongsian kehidupan yang mana mungkin boleh dijadikan ..perkongsian dengan semua yang mengenali diri ini..hehehe..chewah..tetiba jer jiwang karat..tak da apa2 pun yang istimewa..nak bukak post blog ngan lebih puitis skit..bab kata nai baru sesuai ngan hantu novel cam aku ni..

Alhamdulillah again..my responsibility to generate relation with sedara mara aku kat sini akhirnya terlunas juga..Dapat lar aku melawat pak cik aku, ayah chik..kesian jugak dah berumur ayah chik..dah tak segagah dulu..kiranya ok ler dier masih mengenali aku..x da uzur benar cara-cara orang tua bagi aku dah cukup sihat.Hari ni kat rumah ayah chik cik chik menjamu aku ngan tapai pulut ngan pulut bakar..Hehehe..memang semua based pulut ler..cik chik masak memang best..yer ler orang kelantan yang veteran baya-baya kakak dari mak aku memang handal bab-bab memasak ni..setakat makanan tradisional biaser ni semuanya dalam tangan lah..hahaha..tapi yang muda ni tak sehebat mereka ler..aku yang generasi pelapis ni dari segi makanan tradisional yang aku boleh masak pun yang dah agak moden dah macam puding buih,puding diraja dan roti jala..kalau macam jala mas, buah tanjung atau pauh dilayang ( ni semua nama kuih yer..bukan salah ayat..hehe) tu memang x reti den..hehehe..mak aku pun masih tak boleh masak ngan sempurna kuih-kuih tradisional ni..Dan kalau aku jumpa sapa-sapa kerabat muda macam aku ni memang aku respek ler..hehe. Berbalik pada cerita ziarah aku ni..sepanjang ziarah mereka ni ader ler aku bertanya khabar anak-anak ayah chik..yang aku kenal pun kak fathihah ler sebab pernah beberapa kali jumper dier.Yang lain..aku memang tak kenal sangat..sebab anak-anak dier semuanya membesar kat KL ni..cucu-cicit dier x usah kata ler memang aku x kenal ler..Tapi memandangkan ayah chik ni ikatan sedara aku masih teramat dekat lagi..ma dan abah aku memang mintak aku jenguk diorang..walaupun diorang pun x da ler jenguk aku..Kata ma, tak pa amalan ziarah ni tak berbalas..yang penting niat nak tengok orang-orang tua ni betul.

Memang pun, amalan ziarah ni dah makin kurang dalam masyarakat kita sekrang..Rasanya, anak-anak muda macam aku ni lar yang kena memainkan peranan yang penting..Kita generasi muda ni kalau tak mendekatkan diri ngan genersi veteren ni..sampai biler kita tak dapat mengeratkan sillaturrahim..Itu part yang penting sebenarnya...Baru lar ukuwah sesama umat tu akan semakin teguh. Maka makin bersatu ler masyarakat kita..Itu lar senario sekarang..kurangnya amalan ziarah ni terutama masyarakat bandar ni buatkan masyarakat bandar kurang ikatan ukuwah sesama masyarakt..macam mana lar nak kenal jiran sebelah kalau bertegur sapa pun tak pernah..Itu yang sampai kadangkala..kita tak sedar jiran sebelah rumah kita tu ok ker x..Lain di kawasan kg..di daerah2..ikatan kekeluargaan dan masyarakat memang kuat..gotong-royong, amalan ziarah tak pernah luntur..Apa bendanya semuanya dibuat bersama masyarakat kg.Maka sebab itu lar apa yang mereka lakukan semuanya cepat dan tepat..Tapi dibandar semua ni tak da..Masing-masing ahli masyarakat..sibuk menyelesaikan masalah masing-masing.Tak da masa untuk mengeratkan ukuwah..dan meramaikan kawan..mmmm..senario ni ler yang membuatkan aku lagi suka tinggal di kg.Kita rasa lebih selamat..lebih terjamin..dan rasa ada ikatan antara masyarakat. Moga harap-harap program dan aktiviti yang dijalankan dikawasan kejiranan dibandar ni dapat mengukuhkan ikatan masyarakat kita..

Oh..time to stop..aku ni asyik mengarang..tak sedar  dah menginjak jam 2.00 pagi..Anyway..hari ni aku tamatkan hari dengan ceria..aku sempat berjalan-jalan juga ler sekitar damansara..hehe..sempat tengok citer lagi..Jangan Pandang Belakang Congkak 2..sekali-sekala..bukan selalu ader teman nak keluar. Next time belum tentu aku berkesempatan nak keluar ngan nai lagi..Ni pun nasib baik hubby dier bagi..hehehe tima kacih en. epul...Time to zzzzzzzzzzzz..already..besok aku kena bangun awal ler jugak..nak ker law firm nak lunaskan kerja sekolahku..harap semuanya berjalan lancar esok..amin..dada...

Friday, October 8, 2010

study..study...

salam..

Hari ni seronok aku berblogging..Di malam-malam minggu sambil ditemani cik nai...Saje aku angkut cik nai datang cni..sajer nak dier teman aku ziarah sedara maraku besok..hehehe..Tapi x tahu ler jadi ke x...yer ler..dah lama sangat..Jangan diorang pun x ingat sudah..aku pun naik segan. Harap2 menjadi ler projek aku ni sebab my mama dan abah dan bising.Biler ko nak lawat pak cik ko..tu..huhu..Bukan tak nak segan..da..yer lar lawat sedara mara high standard ni.Aku ni dah lar sempoi nyer makhluk..hehehe..Tapi tak kan lar depa x kenai aku kan..hehehe..

Hari ni aku ader sekolah..Biaser ler setiap hari Jumaat dan Isnin aku ni sekolah lagi..hehehe..Jangan salah paham bukan sekolah amik SPM, aku ni gatai isi borang sambung degree..hehehe..part time plak tu..Sebab tu ler hidup aku ni kelam kabut juga..Bagus juga tuhan bagi aku membujang lagi..kalau dah berkeluarga gamaknya..laki dan anak2ku tunggang langgang dibuatnya..hahaha..x da lar sampai camtu..Ok apa life aku.I still can control my life even kadangkala terpaksa mencuri masa..Yer lar belajar part time memang banyak dugaannya..Dan the most important part is orang yang belajar part time ni kena ada satu kelebihan..boleh melakukan dua kerja dalam satu masa...Am i that type of person? Walluhallam..tapi alhamdulillah keputusan peperiksaan jarang mengecewakan.Walaupun tak selalu pernah jugak aku dapat AD.Kiranya..berbaloi jugak aku berjaga malam..dan korban masa berjalan2..Belajar ni memang seronok..terus-terang aku katakan kadangkala..aku menyesal jugak apasal lar dulu2..aku pemalas..lau x aku dah berada lebih tinggi..dari sekrang..

Tapi yang penting kita kena positif dan anggap..setiap perjalanan yang tuhan tentukan ada hikmahnya..dan hikmahnya...aku berada dimana aku berada sekarang..Ya..tuhan aku teramat-amat lah bersyukur dengan rahmat yang kau berikan...Tapi seksa juga nak habiskan pengajiannya..sebab yang negatifnya..apabila time nak buat keje..aduh!..yer lar kita masing-masing berkerjaya.tak termasuk lagi yang dah berkeluarga..huhu..waktu ni  ler ada partner..tido..partner duit..yang tak bestnya..partner kena buat assgn..Yang partner part lain buat peranan yang senang. Kadangkala aku terfikir jugak diorang ni masa decide nak sambung pengajian mungkin ada perkara-perkara yang nak diambil tahu kut.Bila datang bab ni aku memang pening sebab kena bergaduh!..menjerit2...dan merayu2...tolong ler buat keje..Last2..minah bujang ni ler yang jadi minah sanggup..Memang standard dalam belajar ni..sebenarnya yang belajar full time pun ader masalah ni jugak..huhuhu..Bergantung pada niat dan inisiatif masing-masing sebenarnya..Lau kita bekerja dengan orang yang komited mungkin tak da lar masalah sangat...Untuk aku ada lagi dua tanggungjawab yang aku perlu selesaikan untuk pengajian aku ni..Huwaaaaaaa..nak menangis pun ader..dua pun dah cukup merana nak siapkan. Yer lar banyak masalah negara..tambah pak cik misai kelas aku ni...pening..pening..

Tapi apa-apa yang berlaku aku kena usahakan yang terbaik pada diri ini..Yer lar..rugi ma!..tinggal 3 minggu lagi...and then MERDEKA!..hehehe..Harapnya jugak dapat lah keputusan yang membanggakan..Harap-harap pak cik misai dan kakak tiri pak cik misai...pun sama...Lepas ni baru ler boleh konvo dengan bangganya..hehehe..kawan-kawan aku ada bertanya..lepas ni x nak sambung Master?..hehehe..sabar..sabar. Bagi aku berehat jap..and then...we wait and see..yer lar bak kata orang kita hanya merancang tuhan yang menentukan (huwaaaaa..sebenarnya macm dah malas)..hahaha..hehehe..Apa yang berlaku sekalipun aku rasa aku memang seorang yang cukup kuat..Yer lar bukan senang nak lakukan apa yang aku lakukan sekrang..hehehe..Tapi aku tahu aku tak lar sehebat mana pun..sebab ada orang yang lebih hebat..Jadi yang penting kita kena sentiasa positif dengan hidup kita..Insyaallah aku akan cuba mengekalkan yang terbaik dalam diri ini..Chaiyoi!..anie u can do it...

Hehehe..now time for me to stop..hehehe..sebenarnya dah kepanasan..dan aku nak masuk shower jap..huhu..aku amat perlukannya..dan perlukan masa berusaha untuk kerja sekolah aku yang masih bertangguh..hehe..dada..

Tuesday, October 5, 2010

Puasa Qada...sis ebba....

Salam.....

Akhirnya kembali berblogging.Dah lama jugak rasanya..Selagi aku .Keje di ofis dalam kepala ni banyak..tapi tertangguh kerana tiada lampu hijau bos la..yer lar macam mana aku nak jalan lau bos aku pun tak da..so..sementara bos tarak aku isi masa ini dengan berblogging..tara..hehehehe.Bila pikir pasal blog ni...tak boleh..tak boleh..aku kena ambil sikit masa especially for writing..Ini cara dan medium memberikan pandangan dan berkongsi kisah kehidupan...lagipun jangan hangat-hangat tahi ayam...kata sis ebba..oh aku ada hutang yang belum terlunas dengan sis ebba.nanti aku akan lunaskan jugak....
Citer pasal sis ebba ni rindu lar pada sis ebba..sis ebba ni ex-housemate ku aka..kakak yang aku kenal yang memang sporting morting tahap gaban lar..hehehe...sis ebba ni kakak dari aku..tapi dier punyer matured aku lagi matured ler dari dier.hehehehe ( jgan mare sis ebba nanti bb boy x hensem..hehehe..niki curi ayat dari ur blog..hehehe ).sebab sis ebba ni giler2 skit orangya..tapi best..sebab sis ebba ni sekepala ngan aku...suka cuci mate..a..ka..window shopping..hahaha..Bile diingatkan kenangan ngan sis ebba ni seronok...tapi sekrang cuma boleh melepas rindu menatap blog jer lar sis ebba dah already married...dan dan moved out to kedah..ikut hubbynya abng apit kat sana..Yang lagi meriah sis ebba is born to be umi and abi to abng apit! congrates! to both of them..aunty niki dapat anak sedara..yey!..yey!...aku jadi rapat ngan sis ebba ni sebab hobby sengal kami tu ler..lagipun hubby sis ebba ni pun sporting..malahan aku pun kenal mama mertua sis ebba..hehehe..keje satu bangunan ngan aku..hehehe..selalu jumpe kat lif...tapi aku malu-malu dinosaur ler ckit ngan mama mertua dier...cover..hehehe..Aku berblogging ni pun sebab aku selalu tengok sis ebba nye blog..seronok ler..hehe..tambah2 sekrang semua post sal..bb..lagi ler aku suka..cuma yang tak best dah lama x jumpa sis ebba..sis ebba miss u!..harap2 sebelum mama mertua dier berangkat ke mekah dapat ler aku jumper dier..miss her so much and absolutely nak tengok tummy yoyot dier tu..hehehe..( sekali lagi..sis ebba..jgan mare..nanti bb x hensem..hhehe)..buat sis ebba..pe2 pun i' will pray the best for ur new coming bb...and live with ur hubby happily ever after..heheheh
Ok..a bit story about sis ebba..hehehe..saja nak share..she's one of my close friend...rindu..oh...mesti sapa2 yang terbaca post kat atas tertanya2..naper ler aku ni tetiber jer post pasal puasa qada...hehehe..yup sekarang musim semua orang membayar hutang..dengan erti kata lain puasa qada...yer lar mood puasa masih ada lagi dan sistem usus kita pun masih dalam proses membetulkan momentumnya..Jadi ramai lar yang mengambil kesempatan untuk melunaskan tanggungjawab yang merupakan salah satu dari tuntutan dalam rukun islam ni..ha..jangan pulak tak tahu berpuasa di bulan ramadhan ni rukun islam yang keberapa?..hehehe..ni kena masuk kelas fardu ain balik ni. Orang yang kebiasaannya diberikan kelonggaran terpaksa tidak berpuasa di bulan ramdhan ni adalah kaum wanita yang uzur (datang haid atau nifas), wanita yang menyusu anak,,wanita mengandung yang memudaratkan berpuasa..dan mereka yang sakit yang memudaratkan mereka jika berpuasa...Jadi mereka-mereka ni dibenarkan berbuka puasa di bulan ramadhan dan bagi mereka yang datang haid bukan dibenarkan tapi diwajibkan berbuka puasa..sebab puasa mereka dah terbatalkan dengan secara rasminya..Maka itu lah sebab mengapa ada segolongan kita yang perlu mengqadakan puasanya selepas ramadhan...pergh..berpeluh aku macam ustazah plak..hehe..x da lar..aku rasa ni adalah pengetahuan asas yang semua orang akan tahu mengenai fardu ain..jadi lau ader cerita2..ini yang kurang tepat maka diharapkan ada yang boleh bantu aku memperbetulkannya...
Time tak puasa masa ramadhan tu semua orang kata best..tambah2 kaum adam yang sengal2 ni...ada yang kata..wah! best lar ko..dapat cuti puasa jugak..kitaorang ni..kena puasa penuh..Bagi kaum adam yang berkata seperti tu..meh aku luku skit kepala korang..hahaha...apa lar..Kita hanya diberi kelonggaran sewaktu ramadhan tapi puasa di bulan ramadhan tu suatu amalan yang wajib jadi kita kena menggantinya balik atau mengqadakan balik..apa yang bestnya!..kena puasa jugak..dah lar lepas ramadhan..dimana semua orang dapat makan dengan bebas di siang hari..maka anda bayangkan betapa seksanya menahan nafsu makan ni...tengah2 semua makanan terhidang..huhuhu...yang tak seronok jugak bulan ramadhan kan bulan seribu rahmat..maka terlepas lah juga mereka ni untuk mempertingkatkan amalan kerana mengalami keuzuran..lagi2..yang kena time sepuluh malam terakhir ramadhan..maka bagi aku sebenarnya mereka yang dapat berpuasa penuh di bulan ramadhan tu lagi bertuah dari mereka yang terpaksa meninggalkan tu..so fikirkan lah..setiap hukum hakam yang Allah tentukan pada manusia ada pro and kontra nya..Jadi kita pikir-pikirkan....dan kita beramal ...( ni cuber teka quote sapa ni..sapa..yang dengar radio ni mesti tahu punyer..hehehe..
Aku,alhamdulillah dah berjaya melunaskan sebahagian dari hutang qada puasaku..cuma ada beberapa hari jer yang aku x berkesempatan melunaskannya lagi..huhu..kena rehat perut jap..kasi isi makan plak..tapi aku berazam ler jugak nak habiskan sebelum tahun depan..nanti lagi ler liat nak qada ni...Bila liat maka ramai ler yang nak membayar fidyah ni pulak..heheh..Citer sal fidyah ni..adalah denda..kalau korang masih tak qada puasa ditahun lepas..puasa tetap kena qada lagi...tapi up lagi dengan denda yang dipanggil fidyah..Fidyah ni denda yang berupa secupak beras untuk fakir miskin...huhu..cuba bayangkan kalau setiap tahun kena tertinggal puasa qada..bring forward tahun depan...berapa banyak fidyah yang kena hutang tu..Jadi dari mengelakkan jadi macam tu baik lah kita qada puas kita ni siap2..kita pun tak pening nak kira cupak..hehehe..ok aper..sambil2 puasa leh kurangkan skit spare-spare tyre yang ada..hehehe..
Oh, panjang betul post aku kali ni..tapi tak pe sedikit perkongsian ilmu yang aku rasa tak rugi pun...kalau ler ada maklumat aku yang rasanya tak berapa tepat..tegur-tegurlah hamba ni..hehe..sebab aku ni hanya hamba Allah yang khilaf yang tak pernah jemu untuk mencari ilmu..hehehe..time to stop blogging....kena ambil feel untuk sambung keja pulak...hehe..dada